Terengganu cadang ubah laluan ECRL



Kerajaan negeri Terengganu bercadang mengubah beberapa laluan dalam Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang akan bermula pembinaannya pada bulan Julai 2017.

Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata perubahan cadangan ini dilakukan kerana bagi merancakkan lagi sektor pelancongan seiring dengan pembangunan yang terhasil daripada projek berkenaan.

Antara cadangan yang akan dilakukan adalah mewujudkan Stesen kereta Api Pengkalan Berangan, Stesen Kuala Nerus, Stesen Kuala Telemong dan Stesen Kemasik.

‘Kita dah buat keputusan dalam mesyuarat Exco semalam kita dah muktamadkan alignment ECRL ini dengan tambahan beberapa jajaran baru yang berkonsepkan pelancongan’.

‘Salah satu kita mohon ada berlaku beberapa perubahan di mana di jalan asal dikurangkan kerana ada beberapa tempat yang dinilai semula iaitu yang kurang itu kita tambah dan ia tak lari dari bajet asal’.

‘Kita minta tambahan dibuat termasuk dari Pengkalan Berangan asalnya Ajil dan ditukar kepada stesen Pengkalan Berangan untuk disambung terus ke Telemong sampai ke Kenyir juga di Bukit Besi untuk heritage tourism’.

‘Di Pelabuhan Kemaman terus dimasukkan ke pelabuhan dan Industri Park di Kerteh akan masuk ke industri park jadi dia tak melalui tapi kita mohon supaya ia dipanjangkan jadi ada access ke tempat yang saya sebutkan tadi’.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Pengkalan Titian, Lembah Harapan dan menyampaikan bantuan kepada 100 penerima Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta mengadakan lawatan ke atas pesakit dan warga emas di Pusat Daerah Mengundi(PDM) Seberang Takir Pantai.

Hadir sama Pengarah JPS negeri Ir C Poobalan, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Mohd Zulkiflin Abu Bakar, Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil dan Pemangku Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu Norazman Ab Manaf.

Menurutnya perubahan ini tidak akan menggangu perancangan asal termasuk kos keseluruhan projek kerana ia telah diteliti secara terperinci dalam pelbagai sudut sebelum cadangan dibuat.

Sumber: Terengganu Times

0 Ulasan