Pasar raya di Terengganu diarah tutup waktu solat Jumaat


Kerajaan Negeri Terengganu mengarahkan semua pasar raya di negeri itu ditutup pada hari Jumaat mulai 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang mulai Januari 2015.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, keputusan itu dibuat bagi mengelak umat Islam terutama golongan muda tidak menunaikan solat Jumaat dengan melepak di premis berkenaan. Keputusan itu telah dipersetujui pada mesyuarat Exco Terengganu.

Semasa perbahasan Bajet Terengganu 2015, Hilmi Harun (Pas-Manir) mendakwa ramai orang Islam terutama golongan muda tidak menunaikan solat Jumaat dengan melepak di pasar raya.

Ahmad Razif berkata, penguatkuasaan terhadap arahan itu akan dijalankan dan dipantau oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

 

0 Ulasan