194 pemilik rumah mampu milik langgar syarat rumah


Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) Samiun Salleh berkata, daripada jumlah itu 87 kes berlaku di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran, 41 kes Rumah Mampu Milik (RMM) dan 66 kes Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) di seluruh Terengganu.

‘Bagi kes di rumah PPR Padang Hiliran kita telah mengambil tindakan menamatkan penyewaan 87 penyewa dan majoriti daripada mereka tidak mendiami rumah itu dan 83 kes daripada jumlah tidak membayar sewa ada tunggakan dari 1 hingga 7 bulan manakala yang lain (4 penyewa) bayar sewa tetapi tidak duduk’.

‘Rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran mempunyai 1002 unit di bawah projek Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan diberikan kepada penyewa yang dipilih berdasarkan pendapatan RM3,000 ke bawah dan dikenakan bayaran bulanan sejumlah RM174 sebulan termasuk RM50 kos pengurusan dan untuk mereka belum memiliki rumah’.

‘Manakala bagi kes Rumah Mampu Milik (RMM) sebanyak 41 pemilikan rumah ditarik di mana 22 daripada jumlah itu sudah mempunyai rumah sendiri yang berlaku di seluruh daerah Terengganu’.

‘Daripada jumlah 41 pemilik itu, 4 orang telah mendapat anugerah tanah kerajaan syarat kediaman iaitu jika sesiapa mendapat tanah kerajaan secara automatik tidak layak mendapat rumah mampu milik ini dan 14 orang pemilik telah menolak dengan sendiri serta seorang pemilik bermastautin di luar kawasan’.

‘Sementara itu untuk kes Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) pula sebanyak 66 rumah telah ditarik balik kerana tidak membayar tunggakan di mana 17 pemilik daripada jumlah itu melanggar syarat pemilikan rumah iaitu membuat tambahan kekal tanpa kebenaran’.

‘Dia ambik rumah dengan RM40 ribu tetapi ubah suai habis sehingga RM50 ribu hingga RM100 ribu maknanya dia tak layak tinggal di rumah ini’.

‘Kita bagi rumah Awam Kos Rendah yang berharga RM40 ribu kepada orang yang taraf pendapatan dengan memenui syarat gaji RM3000 ke bawah dan tindakan mereka ini seolah-olah mengambil kesempatan’ katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Buku Pelan Pengurusan Risiko Rasuah di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI).

- Terengganu Times

1 Ulasan

  1. Salam , mcm mane sy nk mohon rumah flat hiliran . Ad sapa2 x utk sy hubungi . Sy xde rumah skrg menumpang rumah mak mertua dh beberapa tahun .

    BalasPadam