Bajet Terengganu 2018: Bantuan kahwin duda dan janda RM1,000


RM1,000 bantuan kerajaan negeri Terengganu buat golongan ibu dan bapa tunggal yang ingin  berkahwin tahun hadapan, 2018.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman  semasa perbentangan BAJET Terengganu 2018 dalam sidang dewan di Wisma Darul Iman pada 11 Disember 2017.

Katanya,  kerajaan telah bersetuju untuk memberi bantuan ini bagi menggalakkan institusi kekeluargaan.

Bagi tujuan itu sebanyak  RM1 juta  akan diperuntukkan dalam Bajet ini untuk golongan ibu dan bapa tunggal tersebut.

Sumber : Terengganu News / Terengganu Times

1 Ulasan