Pakej baharu menelusuri Sungai Terengganu

 


Jabatan Pelancongan Terengganu berhasrat memperkenalkan pakej baharu menelusuri Sungai Terengganu dari muara hingga ke Hulu Terengganu sejauh kira-kira 64.2 kilometer.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu, Ariffin Deraman berkata, sepanjang tebing Sungai Terengganu mempunyai banyak lokasi bersejarah dan menarik yang berpotensi tinggi untuk ditonjolkan.

“Antaranya rumah Haji Abdul Rahman Limbong di Beladau Kolam, Manir dan makan Tokku Pulau Manis, Sheikh Abdul Malik Abdullah di Serada dekat sini.

“Kedua-dua merupakan tokoh ulama yang berpengaruh dan terkenal di Terengganu,” katanya selepas mengikuti rombongan menelusuri Sungai Terengganu dengan bot persiaran dari Jeti Taman Tamadun Islam di sini hari ini.

Ariffin berkata, Jabatan Pelancongan juga bercadang untuk membaikpulih Pura Tanjung Sabtu menempatkan tujuh rumah tradisional Terengganu berusia hampir 200 tahun yang boleh diselusuri dari Sungai Nerus di Manir dekat sini.

Selain itu, beliau memberitahu, pelancong juga berpeluang untuk mengunjungi pusat-pusat rekreasi air yang terdapat di sepanjang tebing Sungai Terengganu seperti Dataran Banggol Cempedak dan Kalang Warisan, Serada di sini.

“Pengunjung juga boleh dibawa menikmati hidangan kari kepala ikan lazat di Pasir Tinggi, Hulu Terengganu menerusi pakej menelusuri Sungai Terengganu ini.

Sumber : Kosmo!

0 Comment:

Catat Ulasan