Permohonan Dana Bakti Remaja Dibuka Online 4 Disember 2017




DANA BAKTI REMAJA @ TOM

4 kategori akan dibuka untuk dibuat pilihan kepada pemohon-pemohon rakyat negeri Terengganu.

1. KOM – KOMUNITI ORANG MUDA
2. SOM – SUKAN ORANG MUDA
3. COM – CYBER ORANG MUDA
4. PROM – PERANTAU ORANG MUDA

Permohonan Dana Bakti Remaja TTB @ TOM bagi tahun 2018 akan mula dibuka bermula 4 DISEMBER 2017 dan akan berakhir pada 4 JANUARI 2018 yang dibuat secara online dan ia diwajibkan kepada semua pemohon lama serta pemohon baru.

Antara syarat-syarat permohonan ini adalah:

1 – Pemohon mestilah rakyat negeri Terengganu
2 – DIWAJIBKAN mendaftar sebagai pengundi dengan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya)
3 – Berumur 21 hingga 40 tahun dan belum berkahwin
4 – Gaji kurang atau tidak melebihi RM1500 (GAJI POKOK)
5 – Permohonan boleh dibuat di laman web http://danattb.terengganu.gov.my/
6 – Print borang permohonan dan dapatkan pengesahan daripada Pengerusi J3K masing-masing

* Pemohon sedia ada (tahun lepas isi dah) WAJIB membuat permohonan baru

Selepas siap semua borang permohonan hendaklah diserahkan kepada Pengerusi J3K untuk pengesahan dan tindakan seterusnya dihantar ke Penyelaras DUN masing-masing.

0 Comment:

Catat Ulasan